( Berapa Sukatan Air Yang Diperlukan Setiap Hari? )
Soalan yang mudah namun agak sukar untuk mencari jawapannya. Semua
orang tahu bahawa air sangat penting untuk kesihatan namun keperluannya
berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan, tahap kecergasan dan kawasan tempat tinggal masing-masing.
Sebagai contohnya mereka yang tinggal di kawasan yang beriklim panas
(seperti Malaysia) sudah tentu memerlukan lebih banyak air sehari
berbanding mereka yang di kawasan beriklim sejuk. Ini adalah kerana air
dalam badan mereka lebih banyak hilang melalui peluh selain dari
pernafasan.
Jadi bagaimana kita nak tau berapakah sukatan
sebenar yang badan kita perlukan demi memastikan badan sentiasa dapat
bekalan air yang secukupnya.
Terutamanya bagi ibu-ibu yang
menyusukan anak. Untuk mendapatkan hasil 'susu' yang banyak, maka kita
perlulah minum air yang banyak untuk menghasilkan dan menggantikan susu
yang keluar.
Adakah 2 liter air mencukupi untuk saya?
Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas
atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar
mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?
Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan
(dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak
elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui
secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, kami
ada jawapannya.
Formulanya ialah:
2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)
Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka,
saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.
(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L
Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya!
No comments:
Post a Comment